October 6, 2008

Satu patung gergasi Anwar Ibrahim telah didirikan di Batu Caves. Ia telah dirasmikan oleh Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves), Manikavasagam (MP Kapar), Sivarasah Rasiah (MP Subang) dan William Leong (MP Selayang). Patung besar ini setinggi hampir 40 kaki. Menelan kos perbelanjaan hampir RM 5,000. Khabarnya patung besar ini didirikan hampir sama tinggi dengan bangunan kerana mahukan semangat Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia baru akan terus berkekalan. Ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves. Mengapa buat patung sebegini besar? Untuk didewa-dewakan atau untuk apa?
“BERHALA BARU ERA MODEN MENGATASI BERHALA DI ZAMAN NABI IBRAHIM A.S DAN 360 BUAH BERHALA DI SEKITAR KAABAH DI ZAMAN NABI MUHAMAD SAW”.INILAH BERHALA AGUNG PENGIKUT PKR TIDAK KIRA ISLAM DAN KAFIR.BAGAIMANAKAH IKTIKAD MEREKA?ANWAR MENGIYAKAN KERANA MEMANG DIA SNDIRI MAHUKAN DIA DISANJUNG DAN DI ANGGAP SEBAGAI TUHAN PENYELAMAT”ASTAGHAFIRULAH
RENUNGAN UMAT
Rasulullah SAW bersabda:
ليس منا من تطير أو تطير له ، أو تكهن أو تكهن له ، أو سحر أو سحر له
Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.3
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda:
من أتى كاهنا أو عرافا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم
Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
Technorati Tags: malaysia, malay, dun, ba, pkr, melayu
Anwar Semakin Di kuasai Bukan Islam
October 6, 2008
Anwar Ibrahim dikatakan semakin dikuasai dan dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin PKR yang bukan Islam. Dan tokoh-tokoh bukan Islam semakin ramai memasukki PKR memandangkan kuatnya prospek PKR untuk menerajui kerajaan baru persekutuan. Maka bertambahlah juga prospek orang Islam bakal hilang kuasa politik di Malaysia melalui PKR. Dengan keunggulan puak bukan Islam dalam PKR maka sesuatu dianggap adil hanya kalau memihak kepada kepentingan bukan Islam, kalau tidak akan dianggap mendiskriminasikan bukan Islam. Beri segalanya kepada bukan Islam baru dikira adil.
Begitu cerita dalam kain PKR yang diceritakan oleh ahli PKR yang beragama Islam. Pelompatan ke PKR baru-baru ini oleh seramai 15 tokoh parti Gerakan dijangka akan menambahkan lagi kekuatan serta pengaruh pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PKR.
Menurut ahli PKR yang beragama Islam itu, beliau mensyakki ada agenda golongan bukan Islam yang sudah pun menguasai Anwar Ibrahim dan PKR untuk menguasai PR pula. SAPP Sabah sudah keluar BN dan bertindak sebagai parti bebas, tetapi akan menyertai PR bila PR berjaya menubuh kerajaan persekutuan untuk mengukuhkan kedudukkan bukan Islam dalam kerajaan persekutuan yang baru itu.
Gerakan dan MCA juga sedang memikirkan untuk keluar dari BN. Dijangka kedua parti Cina ini akan juga bertindak terlebih dahulu sebagai parti-parti bebas. Mereka tidak akan cepat-cepat masuk PR kerana tidak mahu menakutkan orang-orang Islam. Mereka akan tunggu dan lihat. Bila kerajaan persekutuan berjaya ditubuhkan oleh Anwar, mereka akan lompat masuk.
Melihat kembali kepada sejarah, parti Gerakan bermula sebagai parti berbilang kaum tetapi dalam waktu yang singkat berubah menjadi parti yang mewakili kepentingan kaum Cina. Nasib yang sama nampaknya telah menimpa PKR.
Dengan Anwar dan PKR semakin dikuasai oleh kaum bukan Islam, dan DAP pula parti Cina yang sejak dulu bermati-matian anti Melayu dan anti Islam, maka memangnya ada kemungkinan besar kerajaan persekutuan yang mahu ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim itu nanti akan dikuasai oleh bukan Islam yang akan bertindak untuk mengkhianati Islam.
Dan PAS kalau masih dalam PR akan tersepit sebagai golongan minoriti seperti yang berlaku dalam kerajaan Selangor sekarang ini yang dikuasai sebenarnya oleh DAP dan PKR. Apa jua tindak-tanduk DAP dan PKR mengkhianati Islam - isu azan - PAS tidak berupaya berbuat apa-apa. PAS “impotent” di Selangor.
Memangnya baru-baru ini Anwar Ibrahim telah menemui TG Hj Nik Abdul Aziz dan TG Hj Abdul Hadi dan memberi jaminan bahawa PAS tidak akan dipinggirkan dalam kerajaan yang hendak dibentuknya. Tapi Anwar tidak memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan yang mahu ditubuhkannya itu akan majoritinya terdiri dari pemimpin-pemimpin yang beragama Islam. Kenapa susah sangat bagi Anwar untuk memberi jaminan ini? Faham-fahamlah.
Maka tidak hairanlah beberapa hari setelah pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Kota Bahru itu, TG Hj Abdul Hadi telah mengulangi kenyataan beliau bahawa jika Islam tidak majoriti dalam pembentukan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, maka PAS tidak akan menyertainya. “PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak mendapat majoriti Islam. Itu syarat pertama,” kata beliau.
Technorati Tags: malaysia, malay, pas, dap, gerakan, ba, bn, pkr, melayu, selangor
ANWAR BAKAL MENJADI PM KE-6..????
September 5, 2008
Penulis baru sahaja pulang bertarawih apabila telefon berbunyi menandakan ada SMS yang dihantar. Terkejut seketika apabila kandungan SMS yang diterima menceritakan mengenai rentetan rampasan kuasa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR)
Berikut adalah kandungan SMS yang diterima :
5 September – Parti komponen BN (Barisan Nasional) dari Sabah dan Sarawak istihar keluar dari BN.
6 September – Semua parti komponen BN dari Semenanjung keluar BN kecuali MCA dan MIC.
7 September – 10 ahli parlimen BN umu pindah kerusi parlimen ke Pakatan Rakyat.
8 September – 5 Menteri BN letak jawatan.
9 September – Sidang tergempar parlimen di panggil.
10 September – Perdana Menteri umum meletakkan jawatan.
12 September Sidang tergempar usul Anwar membentuk kerajaan ‘caretaker’.
15 September – Anwar istiharkan bentuk pakatan sebagai kerajaan ‘caretaker’ secara langsung di TV1, TV2 dan TV3, Bernama TV,dan Astro Awani.
15 September – Anwar menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong memohon restu.
16 September – Anwar akan mengangkat sumpah sumpah sebagai Perdana Menteri.
Sekiranya di teliti kandungan SMS tersebut, ia seolah-olah rancangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 Sepmtember bakal menjadi kenyataan. Susunan yang di atur seolah-olah benar dan ada kekuatan.
Tetapi apa yang bakal berlaku adalah sebaliknya. Penulis secara peribadi merasakan ia merupakan satu ‘cywar’ untuk ‘reverse sykology’ dan merupakan satu helah yang paling busuk. Namun seperti yang kita sedia maklum itu memang cara dan pendekatan Anwar.
Bukankah Anwar memang terkenal dengan pendekatan jalan belakang. Dulu Sukma, Dr. Munawar, Azizan telah dijahanamkan dengan ‘jalan belakang’. Kemudian Saiful pula ternoda juga dengan ‘jalan belakang’ dan kini dia cuba pula untuk menguna jalan belakang untuk merampas kerajaan yang dipilih rakyat.
Dia akan menguna seribu muslihat dan helah untuk membuatkan orang percaya akan berlakunya peralihan kerajaan pada 16 September ini. Dan di masa yang sama rakyat akan terlupa akan pelakuan hina yang dilakukan terhadap Saiful.
Maka isu sumpah akan dilupakan sedikit demi sedikit dan rakyat akan mula tertumpu kepada isu peralihan kuasa ini. Apa yang rakyat tidak tahu, isu peralihan kuasa ini hanyalah retorik semata-mata dan angan-angan kosong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri
Tetapi isu SMS itu tidak berakhir begitu sahaja, sebaik membaca kandungan SMS itu, penulis bingkas membuka internet untuk melihat pandangan dan komen penyokong kerajaan mengenai isu ini.
Apa yang penulis temui lebih menakutkan, apabila membaca komen yang terdapatnya ura-ura untuk melantik Lim Kiat Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan berjaya kelak.
Sekiranya benarlah apa yang dikatakan ini, penyokong Pakatan Rakyat seharusnya sedar dengan kemenangan Anwar, kuasa Melayu sedikit demi sedikit telah ditarik. Ternyata Malaysia yang bakal dicorakkan nanti akan menghakis dan menolak ketuanan Melayu. Dan tidak mustahil, suatu hari nanti kuasa Raja-Raja Melayu juga akan dihapuskan
Seribu kemungkinan yang tidak menguntungkan orang Melayu boleh dicorakkan oleh Anwar dan konco-konconya seandainya berjaya merampas. Sebagai contoh lihat sahaja apa yang terjadi pada Selangor dan Perak.
Walaupun Menteri Besarnya Melayu yang beragama Islam, namun ternyata mereka tidak ubah sebagai boneka yang boleh diarah untuk menghapuskan ketuanan Melayu. Maka sedarlah, seandainya Anwar berkuasa akan hilanglah identiti dan Melayu yang selama ini diperjuangkan oleh nenek moyang kita.
Tetapi yang hairanya, PAS seolah-olah hilang suara dengan rentak permainan Anwar ini. Penulis masih ingat lagi ketika 2 wakil rakyat dari Semangat 46 melompat parti suatu ketika dahulu. Pelbagai kata cerca dan hinaan dilemparkan kepada mereka. Namun sekarang mereka seakan redha dengan pendekatan Anwar ini.
Dan lagi, apakah PAS akan rela untuk menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan cina bukit ini secara terang menolak pendekatan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Kepada pengikut PAS, sedarlah setidak-tidaknya UMNO masih berjaya mempertahankan kedaulatan Islam, namun tanyalah diri sendiri Apakah Islam masih mampu dipertahankan dan diterima oleh DAP.
LU PIKIRLAH SENDIRI
Di petik dari : Warisan Bonda
Technorati Tags: malaysia, malay, umno, pas, dap, parlimen, ba, bn, melayu, perak, selangor
Apakah Menteri Besar Perak ‘ditekan’?
September 4, 2008
SAYA amat-amat kecewa dengan apa yang berlaku di Perak sekarang. Untuk makluman tuan, hampir 70 peratus penduduk di Perak adalah orang Melayu. Tetapi atas ke- inginan rakyat Perak menukar kerajaan negeri dan ingin merasai kepimpinan baru, maka rakyat Perak memilih parti campuran pembangkang. Hasilnya, dapatlah Pas menang dengan tiga kerusi dan bakinya adalah antara Parti Keadilan dan DAP.
Namun, kebijaksanaan pemimpin UMNO lalu yang membuat ketetapan bahawa hanya pemimpin yang beragama Islam sahaja yang boleh menjadi Menteri Besar Perak serta dengan ketegasan Tuanku Sultan Perak, juga mahukan pemimpin daripada kalangan orang Islam serta yang layak dan berkemampuan, maka terlantiklah Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Jika dilihat senario politik di negara kita di mana lima buah negeri telah jatuh dan di- perintah oleh parti pembangkang iaitu Ke- lantan dan Kedah yang mendapat majoriti penuh oleh Pas, Pulau Pinang pula dikuasai oleh DAP dan Perak serta Selangor dianggotai kerajaan campuran iaitu dari Pas, DAP dan Keadilan.
Kecuali Kelantan dan Kedah, kerajaan pembangkang di Perak dan Selangor kerap membuat keputusan dan langkah- langkah yang ‘berlawanan’ yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-olah Menteri Besar berkenaan ‘diarah’ oleh seseorang atau sesebuah parti jika mahu terus berkuasa.
Ini dapat dilihat di Perak, dengan kuasa hanya tiga kerusi pada wakil Pas, maka Menteri Besar yang dilantik daripada kalangan anggota Dewan Undangan Negeri Pas, telah beberapa kali membuat pengumuman yang dilihat merugikan orang Melayu di Perak.
Saya bukan ingin memainkan sentimen kaum tetapi Menteri Besar Perak kerap membuat kenyataan yang memberikan kelebihan kepada kaum Cina sedangkan kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional telah membuat pelbagai cara untuk menyatukan sekolah-sekolah di bawah satu bumbung.
Cuba kita lihat sebelum ini, Menteri Besar Perak membuat kenyataan terhadap pemilikan hak milik tanah di Perak, dicadangkan sehingga 999 tahun. Kenapa pengumuman ini (di awal pengumuman) dibuat terhadap tanah yang dimiliki oleh kaum Cina sahaja?
Setelah mendapat bantahan awam dan reaksi marah orang Melayu Perak, kemudian baru diumumkan untuk semua jenis pemilikan.
Apakah Menteri Besar ini hanya mengikut telunjuk DAP yang tidak dapat memerintah tetapi akan menggunakan kelebihan majoriti dalam kerajaan campuran untuk ‘bertindak’.
Semalam, sekali lagi Menteri Besar Perak membuat pengumuman pelik iaitu ingin memberikan 400 hektar tanah (1,000 ekar) kepada sembilan sekolah persendirian Cina untuk tujuan meringankan beban kewangan sekolah tersebut.
Persoalannya, kenapa hanya sekolah Cina sahaja sedangkan sekolah agama Islam Perak juga banyak yang terpaksa ditutup dan tidak mampu beroperasi kerana mempunyai masalah kewangan.
Persoalan utama ialah kenapa perlu bantu sekolah Cina ini sedangkan ia adalah sekolah swasta.
Jika difahamkan maksud swasta ialah pengurusan sekolah diuruskan sendiri dan keuntungan diambil keseluruhannya.
Apakah tidak cukup RM30,000 sebulan yang diberikan sebelum ini? Sedangkan sekolah ini juga mengutip yuran yang tinggi dan dilakukan setiap bulan. Apakah pernah penyata kewangan ini dibentangkan ke Kementerian Pelajaran setiap tahun?
Kementerian Pelajaran telah membuat pelbagai jenis sekolah baru yang canggih dan besar untuk keselesaan para pelajar dan ia digabungkan di bawah satu nama iaitu sekolah kebangsaan. Apakah perlu lagi bantuan diberikan kepada sekolah swasta?
Kenapa juga harus diberikan lagi sejumlah tanah yang luas kepada pengurusan se- kolah ini?
Adakah ini arahan DAP yang harus diikut oleh Menteri Besar Perak?
Cuba lihat di Kedah dan Kelantan yang dikuasai oleh Pas, mereka tidak pun menganugerahkan mana-mana tanah ke sekolah-sekolah agama Islam persendirian untuk tujuan menolong sekolah tersebut. Kenapa sekolah persendirian Cina yang menjadi keutamaan dalam membuat pengumuman? Adakah kerana DAP yang membuatkan Pas dapat menduduki kerusi Menteri Besar Perak dan harus mendengar cakap DAP?
Wahai rakyat Perak, sedarlah apa yang telah berlaku. Kerajaan Barisan Nasional yang dianggotai pelbagai kaum tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan jika membuat apa jua pengumuman, akan menjaga kepentingan seluruh rakyat.
Sekadar mencelah… seperti pepatah kerusi Melayu punya, kuasa Cina punya.. lu fikirlah sendiri.
Technorati Tags: malaysia, malay, umno, pas, dap, ba, kelantan, parti pembangkang, keadilan, barisan nasional, melayu, perak, kedah, selangor
Surat Terbuka Buat Datin Seri Wan Azizah
September 1, 2008
Assalamualaikum Kak Wan,
Sedih benar saya membaca rayuan Kak Wan kepada kaum ibu di Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com. Kata Kak wan, apa salah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjadi mangsa politik kebencian. Mengapa keluarga Kak Wan harus menerima kempen kotor BN kononnya.
Kak Wan bertanya lagi, apakah tiada langsung jasa Datuk Seri Anwar kepada negara dan bangsa.
Kak Wan,
Memang sedih mendengar rintihan ini.
Soalnya, apakah pula perasaan Tun Dr. Mahathir ketika Anwar, Kak Wan dan para penyokong reformasi membuat pelbagai tuduhan dan gelaran? Mahafiraun, mahazalim, penghina hukum Allah, ada hubungan sulit dengan perempuan Cina, tidak solat subuh dan sebagainya.
Apakah Tun Dr. Mahathir dan keluarganya tiada jasa kepada negara? Apakah mereka tiada maruah dan harga diri seperti Kak Wan sekeluarga?
Demikian juga siapa yang memulakan taktik politik benci dan menyerang peribadi di Ijok? Bukankah Datuk Seri Anwar mempeloporinya?
Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Datuk Seri Najib oleh Anwar. Seantero pekan Ijok dijaja oleh PKR bahawa Najib mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.
Menggunakan penyokong kuatnya Raja Petra Kamaruddin, Anwar membuat tuduhan lagi kononnya Datin Seri Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya.
Mujur Datuk Seri Najib tidak mudah melatah lalu kepada Allah diserahi agar membuat pertimbangan. Dengan nasihat Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, dengan lafaz demi Allah, “Wallahhi, Wabillahhi, watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Saribu” terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok.
Namun itu tidak menghalang Anwar terus membuat tuduhan dan fitnah. Itu juga tidak menghalang para penyokong PKR menjerit nama Altantuya setiap kali nampak kelibat Najib.
Apakah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tiada anak-anak dan keluarga yang terasa malu dengan tuduhan dan fitnah tersebut? Apakah mereka tiada kawan dan sahabat di sekolah?
Apakah maruah hanya milik keluarga Kak Wan sahaja?
Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar. Apa pilihan Saiful lagi jika aduannya kepada Polis telah pula dikatakan satu fitnah. Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).
Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar anwar masuk ke dalam dubur saiful?
Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar?
Bukankah parti Kak Wan sendiri yang memulakan kempen memburukkan Saiful sebaik sahaja beliau membuat laporan polis?
Sudahlah Kak Wan, jangan berlakon lagi seolah-olah keluarga Kak Wan yang menjadi mangsa. Sedangkan keluarga Kak Wanlah yang menjadi penghuru hara politik negara.
Jika diungkit lagi, apakah keluarga Tan Sri Rahim Tamby Chik juga tiada maruah dan harga diri apabila Anwar menggunakan media dibawahnya membuat pelbagai tuduhan terhadapnya suatu ketika dulu?
Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding saiful. Soalnya beranikah Anwar?
Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tiada tahu langsung mengenai tabie luar biasa Anwar ini?
Technorati Tags: malaysia, malay, pas, ba, bn, pkr, selangor
APA NAK JADI DENGAN PAS KALAU ANWAR JADI PM
September 1, 2008
Kesian aku tengok PAS….. Bagaikan melukut di tepi gantang.. Masih TIDAK INSAF kah PAS dengan apa yang berlaku kepada partinya??.. Apakah hati mereka telah dibutakan oleh PKR dan DAP semasa berada dalam PAKATAN RAKYAT.
Lihatlah bagaimana PAS bagaikan parti KELAS KEDUA yang tidak pernah langsung diberi tempat dalam pemerintahan PAKATAN RAKYAT. Pendapat dan saranan yang diberikan oleh PAS bagaikan tidak langsung didengari oleh kawan sePAKATAN. Di manakah letaknya harga diri PAS sekiranya pemimpin/ulama mereka langsung tak dihormati oleh rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR?…
Untuk apa lagi PAS perlu berada dalam PAKATAN RAKYAT??.Apakah PAS juga macam DAP atau PKR yang mabukkan kuasa … yang merasakan mereka mampu mewujudkan sebuah negara ISLAM sebagai mana “term and condition” yang diberikan kepada UMNO dulu??.. Mampukan PAS menangani pemikiran LIM KIT SIANG, KARPAL SINGH ….. dah sudah semestinya ANWAR sendiri?..
Apakah PAS fikir bahawa hanya kerana ANWAR adalah bekas Pemimpin ABIM, maka sudah pasti ANWAR akan menyebelahi mereka???… Ternyata ..mereka sudah pasti tersilap. ANWAR yang mereka nampak hari ini bukanlah ANWAR yang sebelum kes LIWATnya pada tahun 1998 dahulu…. Dosa LIWATNYA terus membaluti kehidupannya sehingga membuatkan jiwanya penuh dengan tamak haloba, dengki, dendam membara dan fitnah yang amat dasyat.
Kalaulah dalam keadaan sekarang pun PAS telah diperlakukan dengan pelbagai cara yang cukup mengaibkan… bagaimana nanti jika ANWAR menjadi PM?… DAP akan naik tocang… akan membelakangi setiap keputusan yang bakal ANWAR buat. Lihat saja kerajaan negeri PERAK dan SELANGOR sekarang ini. Kedudukan MB hanyalah sebagai boneka semata-mata.
Begitulah keadaannya yang berlaku kelak apabila ANWAR menjadi PM. Aku sendiri tak paham bagaimana PAS boleh menerima percaturan yang dibuat oleh ANWAR . Apakah DEMOKRASI benar-benar dilaksanakan secara ADIL dan TELUS apabila suara dan undi rakyat di PERMATANG PAUH langsung tidak bernilai.. suka hati saja nak berhenti dan diserahkan kepada suami. Kalaulah ahli Parliemen biasa tu tak apa lah.. tapi WAN AZIZAH bukankah KETUA PEMBANGKANG?.
Kalaulah di PP… semua jawatan Pengerusi JKKK dan AJKKK dikuasai sepenuhnya oleh PKR walaupun di kawasan ADUN PAS….. Bagaimanakah agaknya nanti kalau ANWAR jadi PM… Sedarlah wahai Penduduk Permatang Pauh.. Sedarlah yang kita sedang diperbodohkan… oleh PELIWAT yang amat licik dalam permainan politiknya.
Di petik dari Pedas Berapi
Technorati Tags: umno, pas, dap, adun, ba, pkr, mb, perak, selangor, pm
6 BULAN DAP MEMERINTAH PULAU PINANG
September 1, 2008
Lim Guang Eng nak hapuskan Melayu
KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT BUAT MELAYU DAN ISLAM DI PULAU PINANG
1.Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.
3.Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, anak Kit Siang) secara terbuka menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam akhbar The Star, mukasurat 16, 16 Jun 2008.
4.DEB dihapuskan ketika DAP mula memerintah Pulau Pinang). Pada 22 Jun 2007, Thierry Rommel (Ketua Delegasi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, EC) mengkritik secara terbuka DEB yang memberi keistimewaan pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan beberapa bidang lain kepada orang Melayu dan bumiputera lain.
5. Penjualan arak secara terbuka dan lelongan arak di Karnival Belia bertempat di Auto City Juru.
6. Lim Guan Eng ketika berucap ringkas di pekarangan JKM Butterworth menegaskan, 7642 orang fakir miskin diberikan sekampit beras sebagai hadiah tanda prihatin kerajaan terhadap masalah yang melanda negara sekarang ini.APAKAH PEMBELIAN BERAS INI MELALUI TENDER TERBUKA ATAU TERTUTUP?SIAPAKAH YANG MEMPEROLEHI TENDER INI?JUAK DAP ATAU PKR?
7. PEMBERIAN RM 100.00 PADA GOLONGAN MISKIN.MEKANISME APA YANG LIM GUAN ENG NAK GUNA.GUNA MEKANISME BERCAKAP AJELAH. RAMAI ORANG ISLAM YANG MISKIN TAK DAPAT.
8. REBET AIR RM 100.00 MENGAPA MENYUSAHKAN ORANG TERUTAMA MELAYU LUAR BANDAR. PERMUDAHKAN SAHAJALAH.
9. Pembatalan pembelian kereta Exco bernilai RM 500 ribu. Kemanakah wang ini digunakan? Untuk rakyat atau untuk kawan-kawan?
10. Pengubahsuaian rumah rehat bersebelahan rumah Dato’ SUK bernilai RM 300 ribu.Bukankah ini pembaziran. Kos sebenar tak sampai RM 40 ribu.
11. Perlantikan Jeff Oii sebagai ketua staf kerajaan negeri. Sat pembaziran wang awam.Elaun DUN , Elaun ahli Parlimen dan elaun Ketua Staff di rembat oleh orang yang sama. Kata nak kurangkan pembaziran.
12. Ambil peruntukan sedia ada bernilai RM 7 juta untuk umat Islam Pulau Pinang.
13. Jual tanah sehingga Melayu bakal tiada tanah. Free Hold kepada hak milik. Melayu tak dapat nak beli sebab kos pertukaran hak milik berjumlah RM 200 ribu.
14. Menghina Khalifah Islam Umar Abdul Aziz dengan menyatakan bahawa beliau akan mengikut cara Umar Abdul Aziz.
Banyak lagi nak cerita. Ini baru 6 bulan perintah. Tunggulah derita 4 ke 5 tahun lagi.
Technorati Tags: dap, dun, parlimen, ba, pkr, melayu, exco
KERANA ANWAR PAS KETEPIKAN PRINSIP
September 1, 2008
Ya Allah…apakah tindakan aku membela Anwar Ibrahim ini satu tindakan yang benar dan betul..?? Rasa macam betul jer kes si Saiful ni
Akhirnya Pemuda Pas Selangor berani menyuarakan rasa hati mereka. Mereka meminta Anwar Ibrahim pula bersumpah laknat. Ini kerana mereka sudah tidak lagi mampu menipu diri sendiri dengan mempertikaikan sumpah laknat Saiful Bukhari.
Di satu sudut lain, mereka akhirnya sudah dapat menerima sumpah itu. Walaupun ulama jumud mereka menolak dan mempertikaikannya. Yang pelik bin ajaibnya, seandainya betul sumpah laknat Saiful tidak selari dengan ajaran Islam. Mengapa sehingga ke hari ini Nik Aziz dan Hadi Awang tidak mengajar Anwar Ibrahim untuk menunjukkan cara sumpah laknat yang betul.
Bukankah sesuai sebagai seorang ulama yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka mengesa Anwar bersumpah dengan cara yang berlandaskan Islam dan menepati hukum syarak. Bukankah Pas ingin melaksanakan hukum Al-Quran dan hudud? Tetapi mengapa di dalam kes Anwar Ibrahim, Hadi Awang suruh rujuk mahkamah?
Sedangkan di dalam Al-Quran secara jelas menerangkan langkah dan caranya. Tetapi di dalam kes ini Anwar ia di kecualikan? Pas menentang UMNO kerana kononnya UMNO tidak menurut ajaran Islam sepenuhnya. Tetapi di sebabkan Anwar, Pas menutup sebelah mata.
Penulis sengaja membuka laman web harakahdaily, bagi meninjau apakah mereka telus dan adil apabila memberikan laporan. Ternyata telahan penulis tepat seperti yang disangkakan. Langsung tiada berita mengenai gesaan pemuda Pas Selangor itu disiarkan di dalam laman web mereka.
Mungkin kerana ia tidak mempunyai nilai berita atau isu yang dibangkitkan itu bakal membuka mata rakyat. Tidak mustahil sekiranya ia disiarkan sokongan kepada Anwar bakal berkurangan. Sedangkan sebelum ini mereka berhempas pulas mengalihkan perhatian orang ramai dengan mempertikaikan sumpah Saiful. Kononnya meniru agama Kristian.
Sejurus selepas laporan sumpah laknat Saiful disiarkan, mereka sedaya upaya cuba mengunakan Nik Aziz sebagai umpan untuk menarik perhatian rakyat. Tidak cukup dengan Nik Aziz, hampir kesemua ulama Pas memberikan kenyataan menyokong Anwar dan menolak sumpah yang dinyatakan Saiful.
Walaupun begitu, penulis yakin dan percaya jauh di sudut hati mereka sudah mula ragu dan was-was dengan kebenaran Anwar Ibrahim. Mereka sudah mula merasakan apa yang di katakan Saiful ada benarnya.
Namun kerana faktor politik, perkara itu terpaksa dinafikan. Maklumlah seandainya mereka menerima sumpah Saiful, kebenaran Anwar boleh dipertikaikan. Seandainya itu berlaku mereka bakal kehilangan sokongan dari penyokong Anwar. Sedangkan umum menyedari, kekuatan Pas ketika ini adalah kerana isu Anwar.
Penulis masih ingat lagi, ketika Anwar masih di dalam kerajaan. Mat Sabu adalah antara orang yang paling kuat menuduh Anwar sebagai kaki liwat. Sehinggakan mengelarkan Anwar dengan gelaran Anwar Al-Juburi. Tetapi apabila Anwar dipecat kerana isu liwat dan rasuah. Mat Sabu terus melupakan perkara itu.
Hanya kerana kepentingan politik, Pas sanggup mengadaikan pelembagaan parti seperti yang mereka laungkan sebelum ini. Hanya kerana Anwar, mereka terpaksa mengadaikan prinsip dan matlamat perjuangan.
Technorati Tags: umno, pas, dap, ba, selangor
PUAS HATIKU!
September 1, 2008


Akhirnya Teresa Kok berpuas hati kerana apa yang dia mahu sudah tercapai dengan memadamkan tulisan jawi di papan tanda nama jalan di Bukit Bintang. Selepas ini apa lagi yang akan di buat oleh manusia sokongan PAS ini?
(Gambar: Teresa yang anti Tulisan jawi)
Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Ianya sama seperti cadangan Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dalam parlimen pada tahun lepas.
Di manakah Hassan Ali (Exco dari PAS) dalam hal ini? Bukankah tindakan itu jelas jelas menentang Islam?
Technorati Tags: pas, parlimen
ADUHAI ISMAIL SABRI, SAMPAI BILA NAK JADI SAPI
September 1, 2008
Sudah hampir empat bulan setengah kerajaan pimpinan Pak Lah menerajui pentadbiraan negara. Pelbagai program dan aktiviti telah di lancarkan oleh kerajaan bagi memenangi semula hati rakyat Malaysia. Ada yang berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan tidak kurang pula ada yang hanya menumpang idea orang lain untuk mencari nama. Isu yang ingin di bawa oleh penulis ketika ini ialah mengenai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri.
Isu ini agak menarik kerana, ketika mula-mula di beri mandat menerajui Kementerian Belia dan Sukan dahulu Ismail Sabri dilihat begitu bersemangat mencari kelemahan dan kesalahan mantan menteri yang lalu, Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Ketika kebanyakkan menteri kabinet lain berhempas pulas mencari idea baru untuk menambah-baikkan kementerian yang mereka terajui. Ismail Sabri pula berhempas pulas dengan debu dan sarang labah-labah mengeledah stor dan fail lama untuk mencari salah dan silap Azalina.
Pelbagai isu dibangkitkan, dari isu pusat sukan berprestasi tinggi di Brickendonbury, London hinggalah isu Women Sports and Foundation Malaysia. Namun, semua isu yang cuba dibangkit oleh Ismail Sabri nyata tidak memberi kesan atau mengugat dan merosakkan kredibiliti menteri muda itu. Ini kerana kecemerlangan dan kejayaan Azalina ketika menerajui kementerian itu telah diketahui oleh semua orang.
Pelbagai program yang diatur dan dilaksana ternyata memberi kesan yang positif keatas golongan muda dan belia negara. Antaranya kejayaan Sukan Sea, di Korat, Sukan Wanita Kebangsaan, Rakan Muda, Go Mobile, Le Tour de Langkawi, Sukan dan Kebudayaan, Pelancaran Akta Belia, Rakan Muda Inovasi dan banyak lagi.
Mungkin akan kehabisan dakwat, sekiranya hendak ditulis satu persatu. Bukanlah niat untuk memuji Azalina melambung tinggi. Tetapi itulah kebenaran dan cabaran yang harus ditempuhi oleh Ismail Sabri apabila diberi kementerian itu.
Berbalik kepada isu tadi, setelah mencuba mencari kelemahan Azalina, Ismail Sabri akhirnya kepenatan. Kerana tiada isu yang boleh dikaitkan dan tiada kelemahan yang boleh di bongkar. Lantaran kerana terlalu sibuk dengan tugasan itu, Ismail Sabri akhirnya terlupa untuk memberikan fokus kepada kementerianya.
Walaupun telah hampir lima bulan menerajui Kementerian Belia dan Sukan, tiada langsung pencapaian yang membanggakan boleh dikaitkan dirinya. Kebanyakkan program dan aktiviti yang dilaksanakan hanya kerana idea menteri yang lalu.
Contohnya program badminton, rakan muda dan banyak lagi. Ismail Sabri hanya menumpang tuah dan nama, hasil dari kebijaksanaan Azalina. Seperti kata pepatah lembu punya susu, sapi yang dapat nama.
Sudahlah begitu, ketika semua program yang direncanakan oleh Azalina untuk belia dan sukan negara memperlihatkan hasil yang positif, Ismail Sabri hanya mampu hadir untuk mendapatkan pujian.
Mungkin Azalina tidak mengharapkan pujian di atas usaha keras yang dilakukan sebelum ini. Namun seandainya Ismail Sabri adalah manusia yang bermaruah, dia seharusnya berasa malu untuk mencari nama di atas usaha orang lain.
Dan lagi, semasa di awal pembentukkan kabinet pelbagai ‘farewall dinner’ (majlis perpisahan) diadakan sebagai tanda penghormatan kepada bekas menteri. Ia juga untuk menyatakan terima kasih dan penghargaan di atas jasa yang diberikan.
Namun perkara itu tidak terjadi kepada Azalina. Sudahlah tidak dihargai, kesalahan pula dicari tetapi tetap tidak diingati. Sekadar untuk renungan buat Ismail Sabry, belajarlah untuk lebih berbudi bahasa dan menghargai jasa dan pengorbanan seseorang.
Walaupun Azalina mungkin tidak mengharap semua itu, tetapi bak kata pepatah ‘orang berbudi, kita berbahasa’. Untuk Azalina, kami semua rindu dengan kehadiranmu di Kementerian Belia dan Sukan.

















