TERIMA KASIH BUKIT AMAN
November 21, 2008
TERIMA KASIH BUKIT AMAN Semalam saya pergi untuk bayar saman trafik di Cawangan Trafik Pulau Pinang di Jalan Sungai Pinang.Sampai sahaja disana ramai yang menunggu giliran untuk bayar sama. Saya pun diarah ambil nombor giliran dan beratur hampir 45 minit berikutan ramai yang datang untuk membayar saman pada hari itu. Sampai sahaja giliran saya, saya pun pergi ke kaunter dan memberitahu no kenderaan dengan harapan sistem komputernya boleh keluarkan maklumat tentang harga saman saya. Malangnya pegawai ( perempuan India) yang menjaga kaunter saman saya memberitahu saya perlu ambil slip penuh maklumat saman di tingkat satu. Agak menghairankan kerana tidak dinyatakan di hadapan kaunter makluman untuk dapatkan slip terlebih dahulu. Saya pun terus dapatkan slip di tingkat satu kemudian turun di kaunter untuk membayar saman trafik saya.sampai sahaja di kaunter pegawai ( perempuan India) berkata “ Oh giliran awak dah habis sila beratur dari awal semula” saya jawab “ Eh? takan nak beratur sekali lagi ( yang mungkin memakan masa hampir sejam lagi) pula? kan saya dah beratur tadi? Saya pertama kali membayar saman di sini saya tak arif mengenai peraturan disini ( untuk dapatkan slip di tingkat 1) lagipun tak dinyatakan disini untuk dapatkan slip terlebih dahulu!! Pegawai perempuan terus tak hiraukan langsung rayuan saya dan dengan selamba memanggil no giliran lain. Saya tercegat di situ dan terus berkeras nak bayar saman saya.” Awak sila ambil no giliran lain dan beratur sekali lagi, jangan buang masa saya saya ada ramai pelanggan!! Cakapnya dengan kasar!! Macam inikah intregiti seorang penjawat awamn terutama polis?? tak beradap langsung. Bukankah saya sudah beratur?? Lagipun bukan salah saya kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang peraturan urusan bagi orang yang pertama kali seperti saya? Kesal dengan sikap biadab pegawai tersebut saya terus naik tingkat satu untuk melaporkan kepada pihak atasan tentang sikap pegawainya.Malangnya saya lebih terkilan pegawai tersebut membela pegawai perempuan dibawah tadi. Saya diminta beratur juga kali kedua atas kesilapan yang berpunca pada pihak trafik sendiri yang tidak jelas arahan di kaunter. Saya terus pulang dengan perasaan marah dan terus menelefon cawangan trafik untuk bercakap dengan ketua. Lebih menyedihkan pegawai yang menjawab telefon juga berkeras tidak membenarkan saya cakap dengan ketua dan terus menyalahkan saya. Mungkin di Pulau Pinang saya tak dapat pembelaan, saya terus laporkan peristiwa ini kepada Bukit Aman. Alhamdulillah, di Bukit Aman kemarahan tersebut terus reda dengan nada tenang pegawai yang menjawab telefon. Dengan nada yang tenang dia berkata.’ Eh sebab apa jadi macam ni, patut pegawai perempun tu kena terima slip kamu tanpa beratur kali ke 2,kalau kamu ambil no, dan pergi tempat lain dan no giliran kamu terlepas, baru ambil lain. Inikan kamu dah beratur kesalahan dipihak urusan Trafik di Pulau Pinang. Nasihat saya untuk Cawangan Trafik Pulau Pinang 1.Pastikan pegawai yang berurusan dengan pelanggan adalah orang terlatih dan reti beradab sopan serta paham tatacara perhubungan awam. 2. Pastikan arahan jelas di kaunter supaya pelanggan yang berusan kali pertama faham apa yang dikehendaki pihak tuan 3. Kemaskini data komputer agar pelanggan yang datang tanpa slip boleh terus bayar dengan hanya memberitahu no ic atau no kenderaan. 4. Contohi sikap pegawai Bukit Aman yang baik hati Akir sekali saya minta respon dari Cawangan Trafik Pulau Pinang dan terima kasih Bukit Aman!!




Comments
Got something to say?