Surat Terbuka untuk warga Angkatan Tentera Malaysia
February 29, 2008
Tuan tuan dan Puan puan yang di hormati
Assalamu`alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Seperti sedia maklum pada 8 Mac 2008 negara kita akan mengadakan satu proses demokrasi iaitu pilihan raya umum yang ke-12. Sejumlah 10.9 juta pengundi berdaftar termasuk 135,682 pengundi pos angkatan tentera serta pasangan akan turut mengundi sebelum 8 Mac 2008.
Eksploitasi Undi Pos
Proses pilihan raya di Malaysia ini berjalan dengan penuh kepincangan apabila undi pos digunakan semata-mata untuk membantu kemenangan parti Barisan Nasional. Suara warga Tentera dan pasangan mereka yang ingin melihat negara dipimpin oleh pemimpin yang bersih daripada segala bentuk skandal dan salahlaku telah dinafikan oleh parti Barisan Nasional dengan mengeksploitasikan undi pengundi pos.
Technorati Tags: malaysia, malay, pas, ba, barisan nasional




Comments
Got something to say?