Top

Rakyat Mesti Tolak Calon-Calon BN

February 28, 2008

Para pemimpin BN/UMNO terutama Najib anak lelaki Tun Razak telah menyeru rakyat menolak pembangkang. Jadi RAKYAT MALAYSIA YANG MERDEKA DAN BIJAK juga wajar berkata dan menyeru seluruh rakyat negara ini supaya MENOLAK CALON-CALON BN/UMNO dalam pilihanraya ke 12 kali ini. Khusus kepada rakyat dan pengundi di kawasan parlimen Pekan adalah diseru supaya TIDAK MENGUNDI CALON BN/UMNO di kawasan parlimen Pekan.

Kenapa rakyat mesti menolak calon-calon BN/UMNO itu. Terlalu banyak sebabnya, antaranya:

1. Para pemimpin BN/UMNO terlalu angkuh, ego dan besar diri dengan kuasa politik yang mereka pegang selama 50 tahun.

2. Para pemimpin BN/UMNO sudah hilang daya saing dan habis tenaga untuk terus menerajui kepimpinan negara dan negeri-negeri.

3. Para pemimpin BN/UMNO sudah hilang harga harga diri kerana telah menyalah gunakan kuasa dengan memperkosa sistem kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka.

4. Para pemimpin BN/UMNO telah menyalah gunakan harta dan wang rakyat untuk kepentingan politik sempit mereka semata-mata.

5. Para pemimpin BN/UMNO banyak melakukan pecah amanah dalam pengurusan ekonomi negeri dan negara.

6. Para pemimpin BN/UMNO ramai yang terlibat dengan rasuah.

7. Para pemimpin BN/UMNO bersikap sombong sehingga tidak bersedia menerima teguran dan kritikan parti pembangkang dalam perkara yang baik dan ada kebenarannya.

8. Kepimpinan BN/UMNO terpalit dengan salah laku moral yang teruk.

9. Kepimpinan BN/UMNO kekeringan nilai akhlak moral.

10. Kepimpinan BN/UMNO lemah dalam pengurusan ekonomi negeri dan negara

Technorati Tags: , , , , ,

Comments

Got something to say?





Bottom