Top

Bukan kerana Cina atau wanita, kata Hassan Ali

October 31, 2008

SHAH ALAM, 31 Okt: PAS menegaskan tindakan mereka tidak menyokong perlantikan Madam Low Siew Moi bukan kerana dia Cina atau wanita tetapi kerana berpendapat tokoh dari luar perlu dilantik ke jawatan itu untuk memberi satu ‘darah’ baru kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata, dia bersedia menyokong perlantikan sesiapa sahaja termasuk Cina dan wanita asalkan calon itu benar-benar profesional.

“Saya bersedia untuk menyokong perlantikan pengurus besar PKNS yang baru kalaupun dia bukan Melayu dan bukan lelaki jika dia betul-betul profesional dan bakal membawa masa depan yang baik kepada PKNS,” kata Hassan Ali.

Pandangan ini, kata beliau, ekoran banyak cerita yang beliau dengar tentang Madam Low di samping cerita tentang bekas Pengurus Besar yang akan bersara, Datuk Harun Salim.

Bagi timbalan beliau, Khalid Samad pula, darah baru diperlukan oleh PKNS selepas menghadapi pelbagai cerita negatif.

“Jika kita kata pengurusan PKNS tidak bagus, saya beranggapan Madam Low juga tidak bagus kerana dia adalah salah seorang pengurus kanan badan itu bukan kerana dia bukan Melayu.
“Sesiapa yang memimpin PKNS pun tidak ada masalah asalkan dia memahami dasar dan tujuan PKNS serta dapat mematuhi Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh MB.

“Kita juga tidak mahu melantik Melayu tetapi selepas itu dia tidak perform dan menyusahkan Pakatan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

PAS dan PKR bersetuju untuk mencari pengganti kepada Madam Low Siew Moi untuk dilantik sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana perlantikan Low hanyalah untuk sementara sahaja sebelum mendapat calon baru dari luar.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, perlantikan Madam Low adalah untuk sementara sahaja.

“Dia yang terbaik dan sesuai untuk menolong peralihan kuasa agar berjalan dengan teratur,” kata jurucakap dari pejabat MB Selangor menjelaskan perlantikan itu.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor mengumumkan perlantikan Madam Low sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS bagi menggantikan Datuk Harun Salim yang akan bersara mulai 1 November ini.

Low dipilih oleh MB Selangor itu walaupun, ada dua lagi Timbalan Pengurus Besar iaitu Md. Nasir Md. Arshad (Pentadbiran dan Pembangunan) dan Abdul Ghani Hashim (Teknikal).
Low adalah Timbalan Pengurus Besar Korporat dan Akaun untuk PKNS. Beliau telah bekerja dengan bahagian akaun PKNS sejak 35 tahun yang lalu.

Selepas sampai umur bersara pada tahun 2006, dia telah tiga kali dilantik ke jawatan kontrak iaitu pada tahun 2006, 2007 dan 2008.

Berbanding dengan calon-calon yang lain, Low dianggap oleh MB Selangor sebagai “pihak yang bersedia menjadi pemimpin sementara.”

Sebuah akhbar milik Umno Rabu lalu menyerang Khalid habis-habisan dengan isu ini. Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idris dilaporkan meminta Sultan Selangor campur tangan dengan isu ini kerana Khalid didakwa tidak membela kepentingan orang Melayu.
Persatuan Pegawai Kanan PKNS juga menghantar memo bantahan kepada Khalid.

Hassan Ali dalam kenyataannya kepada Siasah berkata, PAS tidak bersetuju perlantikan itu “bukan kerana Madam Low Cina atau wanita sebagaimana didakwa MCA tetapi dari segi kewibawaannya dua lagi timbalan pengurus besar yang ada lebih diterima oleh 800 pekerja PKNS dan menjadi kebiasaannya timbalan pengurus besar pentadbiran yang dinaikkan pangkat.”

Technorati Tags: , , , , , , ,

Kerjasama penuh dengan PKR dan DAP, kata Mustafa

October 31, 2008

KUALA TERENGGANU, 31 Okt: Para pemuda PAS di seluruh Terengganu diminta menerima hakikat PAS adalah sebuah parti politik dan dakwah yang perlu bekerjasama dengan semua pihak bagi mencapai matlamat perjuangannya.
Oleh itu, seluruh jentera PAS perlu bekerjasama dengan parti-parti lain bagi membolehkan PAS bersama-sama mentadbir negara.

Demikian ingatan Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika bercakap kepada lebih 1,000 peserta Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) di pantai Cendering Sabtu lepas.

Himpit adalah progam tahunan yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Terengganu untuk ahli-ahlinya di seluruh negeri itu.
Mustafa menganggap, Pemuda PAS adalah kilang memproses dan membentuk kepimpinan PAS di masa depan.
Salah satu dari bengkelnya adalah melalui program Himpit yang dianjurkan setiap tahun ini.
“Sebab itu, Umno sebagai parti yang terbesar dalam Barisan Nasional pun tidak boleh memerintah sendiri tanpa kerjasama dengan parti-parti lain dalam BN.
“Kerana itulah, kita perlu bekerjasama sebaik mungkin dengan PKR dan DAP yang menjadi rakan kita sekarang dalam Pakatan Rakyat,” katanya ketika memberikan ucapan penutup di majlis yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu.

Technorati Tags: , , , , , , ,

ADA ‘TANGAN GHAIB’ BEBASKAN ABDUL RAZAK BAGINDA?

October 31, 2008

PEMBEBASAN ABDUL RAZAK BAGINDA MENINGGALKAN PELBAGAI PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DPPWP) melahirkan rasa terkejut di atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Oktober 2008 yang membebaskan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan membunuh seorang rakyat Mongolia, Altantunya Sharibu.
JUHAM DPPWP menyuarakan bantahan […]

Technorati Tags: ,

Grand design sekat Najib?

October 31, 2008

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Satu demi satu kontroversi yang menimpa bakal perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apakah ia berlaku tanpa dirancang atau sememangnya ada perancangan besar (grand design) di belakang semua perkara ini.

Inilah yang hangat dibincangkan di kalangan penyokong timbalan presiden Umno itu.

“Kalau hendak dikatakan ia perkara biasa dalam tempoh peralihan kuasa kerana dia pun tidak boleh mengawal sepenuhnya lagi, apakah selepas menjadi PM segala kontroversi ini akan hilang?” soal seorang penganalisa politik yang mengkaji perkara ini.

Beliau mengkaji trend memburuk-burukkan nama baik Najib yang sedang merebak sekarang ini.

“Mula-mula (Datuk Seri) Anwar membawa isu Altantuya. Selepas itu, Bank International Indonesia (BII). Pembangkang juga bantah isu pinjaman RM5 bilion wang KWSP. Kini Pak Lah batalkan projek pembelian Eurocopter, Mahathir pula kritik cadangan memansuhkan pendekatan DEB. Semua kontroversi ini menghala kepada Najib. Saya rasa ini semua ada perancangan,” kata beliau kepada Siasah.

Beliau berpendapat, semacam ada satu usaha untuk memburuk-burukkan nama Najib supaya dia tidak sempat menjadi PM Mac tahun depan.

Namun, siapakah yang berkepentingan?

Pertama, adalah pembangkang. Sememangnya pembangkang risau dengan pendekatan yang bakal diambil Najib dalam menghadapi kebangkitan mereka sebagaimana pendekatan Abdullah ketika mula-mula mengambil alih tapuk kepimpinan negara sebelum ini.

“Jika Najib sempat naik, ramai yang berpendapat habislah peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, pembangkang perlu sekat Najib. Jadi, mereka kena pastikan Najib tidak jadi PM,” katanya.

Pihak kedua yang ada kepentingan adalah ‘budak-budak Abdullah’.
Mereka ini terdiri dari para pemimpin Umno yang bimbang apabila Najib dan Muhyidin naik, mereka akan tersingkir dari kedudukan mereka sekarang.

“Mereka telah gagal memujuk Pak Lah agar lawan Najib. Pak Lah tak mau Umno pecah. Sekarang mereka berusaha untuk memastikan Najib tidak sempat jadi PM pula,” kata sumber itu.

Bagi beliau, jika adanya grand design ini, ia adalah kerjasama antara budak-budak Pak Lah dengan pembangkang untuk menyekat Najib.

Technorati Tags: , , ,

AMAL YOGA BOLEH ROSAK AQIDAH?

October 30, 2008

Utusan Malaysia semalam(29 nov) melaporkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi akan memfatwakan hukum mengamalkan senaman yoga.Fatwa ini bakal dikeluarkan hasil dari desakan salah seorang Pembentang Kertas Kerja dalam Seminar Fikh dan Pemikiran Islam Lestari di USM baru-baru ini. Prof Zakaria Stapa yang membentangkan salah satu kertas kerja menasihatkan orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

……………………………….

MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga’ yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.

Pergerakan serta lacegaya lace fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.

Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah laceIndus lace sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk lacegaya lace Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.

Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta percayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.

Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai lacegaya lace atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

Tradisional Yoga berasal dari laceIndia lace beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis) .

Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam system pembelajaran Yoga.

Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama oleh masyarakat bandar.

laceAda lace yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

HUKUMNYA

Setakat ini belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:

Asasnya : Setiap sesuatu jenis “sukan” adalah halal asalkan ianya tidak mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsure peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa. “Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai enaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan
senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan?

Sila rujuk lamanweb muis.

Ramai pula yang berhujjah bahawa YOGA ini menurut mereka hanyalah satu latihan pernafasan dan untuk menghubungi “minda separa sedar” di dalam usaha meleraikan ketegangan dan penyembuhan sebarang penyakit.

Namun apabila diteliti, kebanyakan YOGA ini dipandu oleh orang yang bukan Islam. Disinilah syaitan boleh mengambil kesempatan untuk menyusup masuk bagi menyesatkan aqidah orang Islam yang nantinya tanpa bekalan Ilmu Tauhid yang mencukupi maka digelincirkan maksud “penyatuan” itu adalah penyatuan dengan Tuhan.

Saya akui memang wujud disiplin ilmu di dalam bidang Psikologi yang mengkaji aspek minda dimana dari sudut saintifik minda kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda kiri (yang mengawal hal-hal metematika, deduksi, pengiraan dan seumpamanya) dan minda kanan (yang mengawal aspek seni, kreativiti, estetika dan seumpanya).

Dan saya sendiri ada terlibat secara lansung menyaring beberapa ilmu Yoga supaya segala unsur kesesatan dan penyelewengan aqidah dapat dibersihkan kerana memang ada unsur kebaikan di dalamnya cuma yang tidak baik turut juga wujud dan jika tidak berhati-hati ia boleh menjahanam lacekan lace aqifdah umat Islam.

Aspek MINDA PERKASA atau SUPERMIND (subconscious mind) yang wujud di dalam disiplin ilmu psikologi memang telah diajar lama di dalam Al-Quran.

Pengaturan pernafasan memang satu keperluan untuk membebaskan ketegangan saraf serta membekalkan oksigen ke dalam jantung manusia supaya aliran darah dapat berjalan lancar dan yang demikian minda dapat berfungsi dengan sempurna dan seimbang.

Dan Islam sendiri juga mengakui malah didalam keadaan tertentu ada menekan aspek pengaturan pernafasan seperti yang diajar di dalam ilmu-ilmu tasawuf dan dan ada juga diajar dan diamalkan di dalam beberapa ilmu seni mempertahan diri (persilatan) yang tidak bertentangan dengan Islam.

Solat itu sendiri yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. misalnya dengan menjaga segala aspek seperti bilangan rakaat, tuntutan berjemaah, rukun dan syaratnya sudah mengandungi hikmat yang banyak. Ia adalah merupakan “senaman” fizikal yang bertindak untuk menyeimbangkan cas
positif dan negatif di dalam badan kita.

Rasulullah bersabda bermaksud, “Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka.” Maka sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?” Maka Rasulullah menjawab: “Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah) .”

(Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa’i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud.”(Riwayat al-Tabrani).

Semua hadith-hadith menekankan aspek “disiplin” di dalam melakukan pergerakan masa solat. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna dan ini hanya berlaku ketika sujud dgn tujuh angota sujud menyentuh bumi mengikut posisi yg disunnahkan.

Jadi di dalam Islam itu sendiri sudah ada ajaran-ajaran yang meruntun kepada aspek spiritualiti yang jauh lebih baik dan sempurna yang apabila dikaji dari sudut saintifik dan psikologi sekalipun terbukti sahih ianya mempunyai pelbagai hikmah untuk manusia seluruhnya.

Justeru itu jelaslah kepada kita betapa perlunya umat Islam mendapat pendedahan ilmu ugama yang secukupnya terutama Ilmu Tauhid dan Ibadah di dalam menolak segala unsur yang boleh menggelincirkan aqidah umat Islam lewat fenomena YOGA yang berbeluasa di negara kita ini apatah lagi YOGA yang dipimpin oleh mereka yang tidak Islam yang mana ilmu yoga itu tidak disaring sehingga segala sampah aqidah dibawa bersamanya.

      

Technorati Tags: , , ,

DAP insists PAC continue probing Eurocopter deal

October 29, 2008

Malaysian Insider
By Shannon Teoh
PETALING JAYA, Oct 27 - Despite the government shelving the Eurocopter deal, DAP supremo Lim Kit Siang today insisted that the Public Accounts Committee (PAC) should continue investigating the proposed RM2.3 billion defence contract for procurement irregularities.
The Malaysian Insider reported yesterday that Malaysia will cancel buying 12 Eurocopter EC725 military helicopters due […]

Technorati Tags: , , ,

Daring terhadap Islam

October 29, 2008

Artikel ini hanyalah untuk renungan kepada umat Islam yang menghancurkan Islam di mata orang bukan Islam.

Alhamdulillah Hujan Dah Turun Di Bumi Kaherah

October 29, 2008


Giving out hampers to Old Folks for Deepavali

October 29, 2008

Venue: Tg. Bungah and Batu Ferringhi Service Centers
Date : 25 Oct. 2008

Technorati Tags:

Berita dari Batu Pahat

October 29, 2008

Tasik ‘Y’


Bagi orang luar yang belum biasa dengan Bandar Penggaram, Batu Pahat, Tasik ‘Y’ sering menjadi ‘tarikan’. Kononnya, kawasan itu adalah tempat riadah yang paling mendapat ‘perhatian’ daripada pihak berkuasa tempatan.

Technorati Tags:

Next Page »

Bottom