Keputusan Sdr Ezam
May 31, 2008
Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.
Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.
Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.
ANWAR IBRAHIM
Technorati Tags: umno, ba, keadilan
Mamat Mentor dan Tembok ….
May 31, 2008
Oleh M.N.I.
Lama sungguh tak menulis , sejak PR ( Pakatan Rakyat ) dah jadi kerajaan Malaysia nie ( eih belum lagi ) , sibuk sungguh saya nak kena buat kerja . Itu maknanya kerja memang banyak kena buat , dulu kerja kempen akan habis bila habis PR ( Pilihan Raya ) . Tambahan pula dengan suasana politik yang makin ceria , makin ramai orang yang berani bersuara dan termasuk jugalah yang berani masuk semula umno ( hehe ..sapalah mamat nie )..
Technorati Tags: malaysia, malay, umno, ba
Malaysiakini: PKR kicks off campaign to win S’wak
May 31, 2008

Tony Thien | May 26, 08 12:09pm
PKR has began what it hopes will be the first step in to eventually taking over the state government from Barisan Nasional with the launch of its new division over the weekend in the predominantly-Iban in Lubok Antu.
Technorati Tags: malaysia, ba, barisan nasional
Kembalinya Ezam Ke Umno
May 31, 2008
Kembalinya Ezam Ke Umno
| Ditulis oleh Zukri Aksah | |
| Friday, 30 May 2008 | |
|
Saudara Ezam Mohd Nor, bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Malaysia, dua hari yang lepas telah secara sah menyerahkan borang permohonan keahlian seumur hidup Umno kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, menamatkan segala spekulasi yang bermain di arus politik perdana mutakhir ini. Saya, bersama rakan-rakan bekas ahli lembaga pengarah GERAK Malaysia baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir kami, walaupun berbaur emosi, telah secara majoriti memberi restu akan tindakannya itu kerana sebagai kelompok yang selalu bersama dengan beliau, kamilah yang paling mengerti dan memahami isi hati beliau, kami jugalah yang selama ini paling meyakini akan keteguhan jiwa perjuangan beliau. Persoalan ruang mana beliau masuki sudah tidak penting lagi kerana beliau akan mampu berperanan. Tinggal lagi, bagaimanakah pula "ruang" tersebut pandai untuk menghargai orang seperti Saudara Ezam. |
Technorati Tags: malaysia, malay, umno, gerakan, ba
Pulau Terlepas, Batu Terhempap, Putih Mata Akhirnya!
May 31, 2008
Keputusan ICJ terpaksa diterima rakyat Malaysia dengan rasa amat sugul, pahit bagaikan menelan empedu. Hanya kita terkilan dengan keputusan hakim 12 berbanding 4, yang mengukuh hujah Singapura ke atas Pulau Batu Putih. Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal.
Meneliti keterangan penghakiman, Kerajaan Malaysia lebih berjaya mengemukakan alasan dari sudut sejarah, tetapi penghujahan undang-undang hambar!
Pasukan Malaysia diketuai Tan Sri Gani Patail Peguam Negara yang dikenali licik mengikut arahan penguasa politik tetapi tidak pernah terserlah selaku pakar perundangan. Singapura diwakili Prof Tommy Koh, tersohor dengan penglibatannya dalam sidang Undang-undang laut dunia serta Prof Jayakumar, pakar undang-undang. Hanya ini yang kami masyghulkan. Apakah kepentingan negara tidak terkorban seandainya yang dimajukan untuk mempertahankan maruah ibi pertiwi adalah pakar handalan?
Kini penguasa dan media Umno bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang!
Rakyat harus melahirkan penyesalan dan bantahan di atas kecuaian dan bantahan ke atas Kerajaan Umno-BN dan Peguam Negara!
ANWAR IBRAHIM
Technorati Tags: malaysia, malay, umno, pas, dun, ba
TaNpA MuZiK… MuNgKiNkAh???
May 31, 2008
Salam sahahat dikasihi… hari ni teringin nak ajak sahabat sembang-sembang tentang sauasana semasa. Suasana hari ini yang di sana sini penuh dengan muzik. Muzik muzik muzik. Anti muzik ke ustazmuda ni yer??? Hehe. Takdelah… sesekali kaki terhenjut juga dengan sendiri… Bila alunan irama terkena dengan rasa.
Inikah samseng yg serang penduduk BMC
May 31, 2008
Samseng Dari Syarikat Mana?
dari http://pemudabersih.blogspot.com
Mungkin gambar ini dapat membantu pihak polis untuk meyiasat kes ini. Kalau polis tidak siasat sendiri mau ingat la….rakyat sentiasa melihat imej anda…
menurut risikan terdapat beberapa orang samseng ini ‘bukan calang-calang oooo’ namun harus diingat kalu suatu hari nanti ada samseng lain yang lebig besar dan ramai membelasah orang-orang ini.
sedarlah […]
Technorati Tags: dap
Remaja dibelasah teruk oleh Polis di BMC
May 31, 2008
Oleh Amin Iskandar @ Black
Sedih apabila membaca berita, melihat gambar dan menonton video mengenai kejadian di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam semalam yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik disini untuk membaca berita dan melihat video mengenai tindakan polis yang tidak bertamadun itu.
Sebagai rakyat Malaysia, marah bercampur geram apabila melihat Polis bertindak seperti “anjing yang kelaparan” menerkam […]
Technorati Tags: malaysia, malay, ba
Sedia di salah gunakan?
May 31, 2008
"GERAK tidak mahu terperangkap dengan politik kepartian" itulah kata Ezam dalam satu wawancara selama satu jam disini awal Julai 2007 lalu. Ezam telah mengupas persoalan mengapa beliau memilih meninggalkan politik.Menurut katanya:
“SAYA menubuhkan NGO Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK) selepas bertahun-tahun dalam dunia politik kepartian samada dalam Umno mahupun Keadilan kerana yakin bahawa perubahan dalam satu negara itu mesti didasari dengan kewujudan masyarakat sivil yang matang. Parti politik hanya satu elemen, manakala satu lagi elemen penting dalam masyarakat sivil adalah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO.”
Technorati Tags: umno, gerakan, dun, ba, keadilan
Apakah benar engkau pejuang
May 31, 2008
Tindakan Ezam Mohd Noor yang memasuki semula parti UMNO yang telah ditinggalkan 10 tahun dulu membuka mata kita apakah benar dia seorang pejuang?
Jika dulu dia lantang mengkritik pimpinan kerajaan yang mengamalkan rasuah dan sanggup dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen bertaraf OSA yang melibatkan Rafidah Aziz tapi sekarang tanpa segan silu dia mengumumkan untuk masuk semula ke dalam parti yang pernah dikatakan sebagai korupsi.
Adakah saudara Ezam ingin mengubah UMNO dari dalam sebagaimana yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim? Tidakkah dia melihat apa yang telah dilakukan kerajaan kepada Anwar Ibrahim dan dia sendiri yang bangkit melaungkan reformasi untuk keadilan kepada Anwar.




