Top

"Tganu Monsoon Cup" kos terlalu mahal???

March 31, 2008

Dubai's World Cup costs less to stage than Trengganu Monsoon Cup!

Well, did I mention about comparing Dubai World Cup to Pak Lah's Terengganu Monsoon Cup? Idris Jusoh or Patrick Badawi or Khairy, or whoever related to Pak Lah had claimed arrogantly the annual yatch race was watched by billions of people around the world. It costs wang ehsan about RM300 million to run.

How come there was not even a single news on Monsoon Cup here?

I can guesstimate that even billed as world's richest race, Dubai's World Cup costs less to stage than Trengganu Monsoon Cup!

dipetik dari 1426.blogspot

Technorati Tags: ,

ANUAR ZAIN : "Bkal Melacur Agama Dan Bangsa?"

March 31, 2008


Perlunya kepimpinan 5 negeri bergambung

March 31, 2008


Bekalan air 20 meter padu percuma untuk rakyat Selangor

March 31, 2008

Shah Alam, 28 Mac - Kerajaan Negeri Selangor telah mengkaji rancangan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di Selangor seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh SYABAS dan mendapati bahawa rancangan tersebut boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman. Hari ini Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008.

Kerajaan Negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai. Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Justeru, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.

Bagi membantu usaha ini, Kerajaan Negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat.

Technorati Tags: , ,

HISHAMMUDDIN : SI BAPUK MULA BERTEMPIK !!

March 31, 2008


Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura?

March 31, 2008

a
Kawasan WPI

Diwar-warkan oleh kerajaan bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) akan menguntungkan rakyat khususnya rakyat Johor. Sebagai penduduk di kawasan WPI saya tidak nampak apa kelebihan yang bakal diperolehi dari WPI khususnya kepada orang Melayu. Pembanagunan pesat Johor Bahru dan juga harga barang keperluan yang lebih tinggi dari Kuala Lumpur semakin menekan dalam menghadapi kehidupan seharian. Tambahan pula dengan kemasukan rakyat Singapura yang membeli belah di JB menyebabkan barang yang mahal masih boleh laku sebab permintaan masih ada.

Technorati Tags: ,

Samy calls for Hindraf 5’s release

March 31, 2008

MIC president Datuk Seri Samy Vellu is calling for the release of the five Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders under ISA detention, saying two of them should be freed sooner because one is ill and the other is now an elected representative. [Bernama]
It’s funny reading how many times …

Read the rest of this great post here

Technorati Tags:

SPR menipu kita lagi?

March 31, 2008

 APAKAH KITA TIDAK SEDAR SPR MELAKUKAN PENIPUAN DEPAN MATA KITA.
SAYA CUBA MENGANALISA MAKLUMAT KEPUTUSAN PILIHANRAYA 12  YANG DIAKSES LAMAN SPR SENDIRI MENGENAI JUMLAH KERTAS UNDI YANG DIKELUARKAN  BAGI DUN DAN PARLIMEN.

Lihat Jadual di bawah:-

Technorati Tags: , ,

Bekalan air 20 meter padu percuma untuk rakyat Selangor

March 31, 2008

Shah Alam, 28 Mac - Kerajaan Negeri Selangor telah mengkaji rancangan untuk membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di Selangor seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh SYABAS dan mendapati bahawa rancangan tersebut boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman. Hari ini Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008.

Kerajaan Negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai. Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Justeru, rakyat masih perlu mengamalkan penggunaan air secara berhemah serta bertanggungjawab bagi mengelak pembaziran sumber agar sumber air negeri Selangor dapat dipelihara dalam jangka masa yang panjang.

Bagi membantu usaha ini, Kerajaan Negeri turut akan memperkenalkan langkah mempelbagaikan sumber bekalan air secara menyeluruh dalam masa terdekat.

Technorati Tags: , ,

Tan Sri Khalid jelaskan pendirian Selangor mengenai setinggan

March 31, 2008

Shah Alam, Mac 28 - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan pendirian Selangor mengenai isu setinggan dan pekerja asing.

“Saya menghargai keprihatinan yang dipamerkan oleh beberapa badan bukan kerajaan mengenai rancangan saya untuk Selangor sejak beberapa hari yang lalu.

“Kerajaan Selangor yang baru mendapat dokongan rakyat kerana kami bertekad membuka lembaran baru dalam arus pembangunan Selangor, pendekatan yang akan menumpukan kepada kesejahteraan hidup rakyat, memudahkan perniagaan dan meningkatkan ekonomi untuk semua” kata beliau.

Tan Sri Khalid menjelaskan bahawa cadangan beliau untuk mengenakan levi RM 9 daripada majikan bagi setiap pekerja asing mereka adalah untuk berdepan dengan isu sebenar berkenaan pergantungan Selangor kepada pekerja asing dan kepingitan belia yang kini menganggur atau tidak mendapat kerja yang sepatutnya.

“Wang yang dipungut akan diagihkan untuk meningkatkan kemahiran belia supaya nilai mereka bertambah dan meningkatkan pembangunan Selangor dan Malaysia ke tahap yang lebih mantap.”

Tan Sri Khalid tegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mengatasi masalah ini melalui proses yang sah dan menghormati hak asasi manusia dan akan mengkaji dengan lebih mendalam bagi melaksanakan dasar ini.

Beliau turut bercadang untuk terus mengurangkan bilangan setinggan di negeri ini untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat untuk mendapat tempat kediaman yang selesa tetapi turut mengiktiraf hak tuan tanah.

“Selangor merupakan negeri yang maju dan rakyatnya perlu mendapat rumah yang mampu dimiliki. Kami tidak akan menangani isu ini sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, yang melaksanakan polisi setinggan sifar untuk memberi tanah kepada pihak-pihak berkaitan dan tanpa menghormati kebajikan setinggan. Sebaliknya kami akan terus menekankan hak perumahan untuk semua.” kata beliau.

Selangor juga akan menentukan perumahan kos rendah mencapai spesifikasi minima yang lebih baik. Garis panduan baru akan diwujudkan untuk menentukan hak dan kebajikan setinggan dipertahankan setiap masa.

“Kami merancang memperkenalkan proses rundingan dengan semua pihak terbabit, termasuk badan-badan bukan kerajaan dan sektor korporat untuk memastikan semua pihak dapat memberi input dan mendapat maklumat yang sahih mengenai rancangan kami.

“Kami tidak berhasrat meneruskan amalan lama meneruskan kesilapan dan kezaliman dengan penguatkuasaan berat sebelah untuk syarikat-syarikat kroni untuk menyelesaikan isu pekerja asing dan setinggan, tetapi kami mengambil pendekatan baru mengikut proses yang sah yang mengambil pendekatan berimbang terhadap implikasi sosial dan komersial untuk pembangunan Selangor” jelaskan Tan Sri Khalid.

Dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausahanya Ahmad Zaki Yamani, Angkatan Muda KeADILan Malaysia menyuarakan keyakinan mereka bahawa Menteri Besar Selangor akan mencari jalan terbaik yang adil dan manusiawi untuk memastikan para peneroka bandar dapat keluar daripada status ‘setinggan’ mereka.

“Setiap rakyat Selangor perlu diberi peluang yang adil untuk memiliki hartanah dan pada masa yang sama hak pemilik tanah dihormati dan diberi peluang untuk membangunkan hartanah mereka.

“Ini ‘keseimbangan’ yang perlu dicari seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Khalid. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan bertanggungjawab dan penyayang. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat perlu berperanan sebagai warga korporat yang prihatin” kata Ahmad Zaki.

Technorati Tags: , , , , ,

Next Page »

Bottom