Top

Kelantan, hadiah persaraan Tan Sri Rashid kepada BN?

February 29, 2008

aApakah Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung sekarang ini akan menyaksikan kejutan besar dengan kemenangan besar Barisan Nasional akibat penipuan yang dilakukan, hasil usahasama Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketuai Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman?

Untuk rekod, Parlimen beberapa bulan lepas baru sahaja meluluskan had persaraan umur kakitangan kerajaan termasuk badan yang dikuasai kerajaan, sekaligus BN menyambung khidmat Rashid di SPR.

Technorati Tags: , , ,

Surat Terbuka untuk warga Angkatan Tentera Malaysia

February 29, 2008

aTuan tuan dan Puan puan yang di hormati
Assalamu`alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Seperti sedia maklum pada 8 Mac 2008  negara kita akan mengadakan satu proses demokrasi iaitu pilihan raya umum yang ke-12.  Sejumlah 10.9 juta pengundi berdaftar termasuk 135,682 pengundi pos angkatan tentera serta pasangan akan turut mengundi sebelum 8 Mac 2008.

Eksploitasi Undi Pos
Proses pilihan raya di Malaysia ini berjalan dengan penuh kepincangan apabila undi pos digunakan semata-mata untuk membantu kemenangan parti Barisan Nasional.  Suara warga Tentera dan pasangan mereka yang ingin melihat negara dipimpin oleh pemimpin yang bersih daripada segala bentuk skandal dan salahlaku telah dinafikan oleh parti Barisan Nasional dengan mengeksploitasikan undi pengundi pos.

Technorati Tags: , , , ,

Umno Kedah bimbang?

February 29, 2008

Oleh malaysiakini

aKepimpinan PAS Kedah berkata, kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turun ke negeri tersebut mencerminkan kebimbangan Barisan Nasional (BN), Khususnya Umno, dalam menghadapi pilihanraya umum 8 Mac ini.

"Abdullah sudah dua kali datang ke Kedah dalam tempoh 10 hari lalu - nampak sikit kelainan, nampak macam bimbang," kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak hari ini.

Technorati Tags: , , , , ,

Mengapa Perlu Mengundi BA

February 29, 2008

Pertamanya, inilah satu-satunya peluang yang kita ada untuk memilih kerajaan yang akan menyelamatkan kita dari masalah ekonomi terutamanya masalah kenaikan harga minyak yang sentiasa melambung, kenaikan tol, kenaikan harga barangan harian dan sebagainya. Kesan kenaikan harga barang ini lebih dirasakan oleh orang-orang kampung disebabkan pendapatan mereka yang rendah dan tidak tetap.

Technorati Tags:

Petisyen 'Munajat' Terhadap Rashid SPR.

February 29, 2008

A
Masa dah suntuk. Marilah kita terus menekan Rashid supaya menjalankan amanah. Buatlah yang termampu oleh kita sebagai rakyat terbawah. Turunkan 'amin' kita di sini.

PAUTAN INI

Minta hebahkan ke segenap ruang maya. Ini sahaja medium yang kita ada.

Wallahualam.

Projek Gajah Putih Pancing Undi di Parit Buntar

February 29, 2008


Sempena Piliharaya yang semakin hampir, maka keluarlah kisah-kisah yang pelik-pelik dan tidak masuk akal. Sampai anak-anak kecil pun tergelak sampai terkencing dengan berbagai cerita aneh dan lucu khususnya di Parit Buntar.

Two divers missing off Miri

February 29, 2008

Two divers went missing in the South China Sea on Friday while trying to repair an oil tanker that was berthing some five nautical miles off the coast of Miri.

Read the rest of this great post here

Koridor demi koridor hanya janji sahaja, kata Dr Mahathir

February 29, 2008

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan pelancaran koridor demi koridor yang yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini hanya bersifat janji semata-mata.

“Tidak ada apa-apa yang berlaku di tempat berkenaan. Jumlah wang yang terlibat begitu hebat. Sehingga bertrilion ringgit dan akan menjadi kenyataan mungkin dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi. Oleh itu, kesemuanya adalah janji. Sesiapa sahaja boleh berjanji,” katanya.

Dalam temubual dengannya yang disiarkan oleh Today Online semalam, Dr Mahathirt juga berkata kad laporan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melaporkan perkara-perkara yang negatif.

“Sebagai contoh, kehilangan begitu banyak wang, prestij negara menurun dan hakikat bahawa ramai yang tidak dapat mencari kerja dan perniagaan di dalam negara ini. Mereka terpaksa pergi ke tempat lain,” kata bekas Perdana Menteri.

Technorati Tags: , ,

Polis setuju permintaan PAS kempen guna layar besar

February 29, 2008

KOTA BHARU, 29 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa meminta jentera penerangan PAS dan parti-parti pembangkang di seluruh negara menggunakan skrin besar sebagai salah satu media kempen pilihan raya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika memaklumkan persetujuan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi kepada permintaan PAS untuk mengggunakan skrin besar bagi menayangkan majlis ceramah dan kempen sepanjang pilihan raya umum kali ini.

“Negeri-negeri lain juga mesti menggunakan skrin besar untuk berkempen kepada para pengundi. Jika penggunaan skrin besar itu diluluskan di Kelantan, tidak ada sebab ia tidak boleh digunakan di negeri-negeri lain,” kata beliau.

Sebelum ini, polis Kelantan melarang penggunaan skrin besar dalam kempen pilihan raya kali ini.Larangan tersebut dikeluarkan oleh Abdul Rahim sebaik sahaja proses penamaan calon selesai dilakukan pada 24 Februari lepas.

Berikutan larangan itu, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah bertemu dengan Ketua Polis Kelantan itu dan berjaya meminta kerjasama beliau supaya menarik balik larangan itu.

Technorati Tags: , ,

Marah, kecewa tetapi tidak mengalah

February 29, 2008

KUALA LUMPUR, 29 Feb: “Marah, kecewa tetapi tidak akan mengalah.” Itulah perasaan dan sikap para pemimpin dan penyokong PAS dihari penamaan calon 24 Februari lepas.

Mereka marah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana terus-terusan mempermainkan mereka dengan peraturan yang tidak pernah kekal bahkan boleh berubah sekelip mata.

Mereka kecewa kerana perkara ini berulang pada setiap kali pilihan raya tetapi ramai pengundi tidak insaf dan sedar sebenarnya mereka dipermainkan oleh kerajaan yang memerintah.

Dalam pilihan raya 2004 peraturan bangsal panas di hari mengundi menjadi isu panas apabila ia dibenarkan kembali di hari mengundi sedangkan calon-calon BN mengetahuinya lebih awal.

Namun, atas semua itu, mereka tidak akan mengalah bahkan akan terus berusaha memenangi hati rakyat.

Laporan penuh dalam Siasah Ahad ini.

Technorati Tags: , ,

Next Page »

Bottom